Tular Kad Jemputan Resepsi 3 Disember Ini, Safawi Rasid & Syifa Melvin Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat?

Umum mengetahui mengenai hubungan antara pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan pelakon, Syifa Melvin sudah lama terjalin.

Biarpun tidak pernah menidakkan atau mengiyakan gosip cinta mereka, ramai dapat meneka pelakon cantik itu sedang bahagia menjalin hubungan dengan Safawi.

Terkini, timbul khabar yang mengatakan pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Wilayahku, tular satu keratan kad majlis bertandang pihak lelaki dan difahamkan, ia telah diedarkan kepada tetamu.

Menerusi kad tersebut, pasangan tersebut akan mengadakan resepsi di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dungun, Terengganu pada 3 Disember depan.

Khabar ini dikuatkan lagi apabila tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan penyokong menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ buat Safawi di stadium selepas perlawanan JDT menentang Sabah FC.

Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar yang tular ini.

Namun begitu, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik untuk Safawi dan Syifa yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi.

Sumber & Foto: Wilayahku

Atiqah Johari