Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 20, 2023 @ 9:30am

Tular Video Rohana Jalil Nyanyi Sambil Duduk Dengan Jaafar Onn, Netizen Komen: “Masa Ni Nampak Sedang Menahan Kesakitan”

Semalam penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terbaharu, anak kepada penyanyi popular itu aitu Kilafairy memaklumkan ibunya terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut.

Malah, pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn turut terkejut dengan khabar duka yang melanda Rohana biarpun mereka baru sahaja bertemu bagi menjayakan persembahan di Plaza Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

“Ya, saya baru sahaja menjayakan ‘show’ bersamanya. Sememangnya Rohana bukan sahaja lemah, malah suaranya juga sudah kedengaran berbeza. Selepas menyanyi bersama saya menerusi pusingan pertama, Rohana terus duduk.

“Saya mencarinya di belakang pentas, dia pun sudah berusia 68 tahun, mungkin tidak larat berdiri. Namun, persoalan itu hanya pada diri saya sahaja, sebab saya tak tahu Rohana mempunyai penyakit,” ujar Jaafar.

Susulan daripada itu, tular di TikTok sebuah rakaman video yang memaparkan Rohana dan Jaafar sedang membuat persembahan bersama di sebuah acara.

Menerusi video tersebut, Rohana dan Jaafar sedang mendendangkan sebuah lagu, namun apa yang menjadi persoalan adalah Rohana menyanyi secara duduk.

Lebih mengejutkan, reaksi Rohana turut jelas kelihatan seolah-olah sedang menahan daripada kesakitan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan simpati apabila melihat keadaan Rohana ketika membuat persembahan tersebut.

Malah ramai turut mendoakan agar Rohana cepat sembuh sedia kala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Aug 2021

Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Boleh Rentas Daerah

Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata individu yang ingin […]

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

FattZura Ada Love Bite?

Namun, bukan itu yang hendak dikongsikan tetapi, netizen semakin cekap menjalankan kerja mereka dengan mengambil tahu setiap inci tentang pasangan ini

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

error: Content is protected !!