Tulis Kapsyen Sedih Di Instagram, Zara Zya Patah Hati?

Sudah menjadi ‘adat’ bagi pasangan bercinta, pasti ada pasang surutnya. Ada masa baik, ada masa sebaliknya. Bergaduh itu standard kan, betul tak?

Semalam, pelakon Zara Zya ada memuatnaik sebuah status yang memberi bayangan hubungannya bersama kekasih sedang dilanda masalah.

Memetik laporan Mstar Online, Zara Zya memberitahu mula sedar dengan kesilapan apabila memuatnaik status demikian.

“ Saya tidak sepatutnya memuat naik status seperti itu. Tetapi waktu itu hati saya tengah panas dan terlalu menurut perasaan.

” Waktu itu dah malam, saya memuat naik status dan terus tidur. Bangun pagi, ada yang menghantar mesej menegur dan menasihati, barulah saya tersedar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zara enggan mengulas lanjut tentang status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“ Saya memang tak nak komen apa-apa mengenai hubungan kami,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Hafreez Adam membuat pengakuan ikhlas kepada pihak media yang mana dia menyintai Zara Zya dan tidak melihat jarak usia empat tahun tahun sebagai halangan untuk mereka menjalin hubungan sebagai kekasih.

SGMS Faida