“Tunang Dengan Orang Lain, Nikah Dengan Orang Lain” – Bekas Tunang Ewal Kristal Sudah Berkahwin

Penyanyi kumpulan Kristal, Ewal Ismail tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungan dengan bekas tunang, Nur Syuhada Baharuddin atau Adda yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Harian Metro, dia menyatakan bahawa dirinya dan bekas tunang sudah membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama.

“Saya tidak mahu komen apa-apa kerana dia sudah tidak ada kena-mengena dengan saya lagi. Malah, dia pun sudah mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah, apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kami berdua. Malah, saya pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

“Benda ini kita tidak boleh nak cakap lebih kerana kita hanya merancang dan selebihnya adalah aturan Allah SWT.

“Apa yang boleh saya kata, masing-masing sudah ada fokus dan haluan masing-masing. Saya lebih fokus terhadap kerjaya seni bersama kumpulan Kristal,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Adda di TikTok, dia memuat naik video perkahwinannya dengan kapsyen yang menarik perhatian.

“Bercinta dengan orang lain, bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Itulah yang dinamakan jodoh.

“Kalau kita tahu siapa jodoh kita tak best lah, sebab itu Allah beri kejutan untuk kita! Mesti ada yang cakap jodoh masing-masing,” tulisnya.

Untuk rekod, Ewal dan Adda yang juga adik kepada Rody Kristal bertunang pada 10 September tahun lalu namun hubungan mereka tidak berkekalan.

Maya Basir