Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Program yang mengetengahkan dan memperkasakan wanita di TV3 iaitu Women Talk telah mengadakan acara Brunch With Women Talk di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara yang di strim secara langsung di saluran rasmi YouTube TV3 dengan slogan ‘Women Leading The Way Forward’ itu menampilkan barisan panelis yang terdiri daripada individu-individu ternama yang menjadi ikon melangkah ke hadapan untuk para wanita.

Brunch With Women Talk’ diadakan bagi memberi golongan wanita peluang untuk berinteraksi dengan ikon-ikon hebat dan saling memberi semangat serta platform untuk membicarakan pendapat masing-masing.

Barisan panelis yang menjadi tumpuan dalam acara ‘Brunch With Women Talk’ termasuk Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Christy Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Jaclyn Victor, Penyanyi, dan Nandini Balakrishnan, Ketua Unit Video SAYS.

Acara istimewa ini mengupas topik-topik penting seperti Pasca-Pandemik: Pandangan Baharu, Menghargai dan Mencintai Diri Sendiri, Bertahan Di Dunia Didominasi Lelaki, Kesejahteraan dan Kesihatan Mental, Memimpin Dengan Kasut Tumit Tinggi: Bergaya dan Berjaya, Kebangkitan SME dan Dunia Sosial, dan Mengharungi Dunia Perkahwinan.

Lebih menarik lagi, acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Jaclyn Victor sebagai penutup.

Brunch With Women Talk’ dimeriahkan oleh Proviton dan Flavettes sebagai rakan penaja, bersama dengan M Resort & Hotel sebagai lokasi rasmi acara. Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Puan Shahila Shah sebagai ketua penerbitan serta Datin Elaine Daly dan Said Thani sebagai penerbit, manakala Deborah Henry dan Zoraya Vadillo tampil sebagai hos utama program.

Teruskan menonton Women Talk musim kedua setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang di TV3, dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di YouTube. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Khairil Khusyairi