Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 7:22pm

Tunda Tarikh & Lokasi Baharu, Konsert Goyang Asia – Koplo Milenia Tampilkan Amelia Bersama Bintang Dangdut Sensasi Malaysia & Indonesia

Konsert Goyang Asia – Koplo Milenia yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 30 September depan bakal menampilkan ratu dangdut negara, Amelina sekali gus menggantikan penyanyi Baby Shima yang tidak dapat menyertai konsert ini disebabkan atas komitmen lain.

Kehadiran Amelina melengkapkan barisan penyanyi sedia ada yang bakal menghiburkan peminat pada konsert terbabit iaitu penyanyi terkenal Indonesia dan Malaysia iaitu Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina, Rheyna Morena dan Ani Maiyuni.

Menurut Riezman Khuzaimi selaku Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd perubahan lokasi, tarikh dibuat atas permintaan peminat yang menginginkan acara itu diadakan secara berskala besar.

“Muzik dangdut masih kekal relevan dan memiliki pengikut yang tersendiri. Mengambil kira maklum balas positif ini kami terpaksa menunda tarikh bagi mencari lokasi yang bersesuaian untuk meraikan acara gilang-gemilang ini.

“Kami berasa bersyukur apabila konsert ini dapat dilakukan di sebuah lokasi yang cukup mega sekali gus dapat memuatkan lebih ramai peminat,”katanya.

Tambah Riezman, memandangkan lokasi konsert mampu memuatkan lebih 9,000 penonton, pihaknya menawarkan pelbagai pilihan harga mampu milik untuk peminat.

“Penjualan tiket bermula dengan harga RM480 (VIP KOPLO), RM268 (ZON Asyik A1/A2) Free Seating, RM178 (Zon Rindu D) Free Seating, RM168 (Zon Syantik B1/B2) Free Seating, RM138 (Zon Janda Pirang E) Free Seating, RM128 (Zon Bara Bare C1/C2) Free Seating dan RM108 (Zon Goyang Koplo), Standing.

“Kami juga menawarkan tiket ‘Early Bird’ berharga RM88 untuk kategori Zon Goyang Koplo bermula sekarang hingga 1 Ogos 2023. Pembelian tiket sudah boleh dibuat di www.ticket2u.com.my

“Kami berharap dengan tawaran harga yang lebih berpatutan dan lokasi yang lebih luas dapat menarik peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis artis kegemaran mereka membuat persembahan,” katanya.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu turut menggabungkan hos Shandrra Rose dari Indonesia bersama Along dan Angah Raja Lawak dari Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Pertemuan Siti Nurhaliza Dengan MPK Jadi Bualan Netizen

Penyanyi popular berusia 39 tahun ini masuk ke bangunan tanpa ditemani pengurus dan dilihat memakai persalinan biru muda.

Featured Sat, 18 Mar 2023
Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Dimarahi Produser Antara Pengalaman Pahit Sarah Hildebrand Dalam Pujaan Hati Kanda

Tahniah Sarah! Di harap Sarah akan banyak lagi berlakon dan bawa watak-watak jahat macam Nadine!

Featured Sat, 11 Oct 2025

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Featured Wed, 28 Jun 2023
error: Content is protected !!