Uqasha Kekwat Atau Mangsa Keadaan?

Kecoh di laman sosial Twitter apabila netizen mula ‘berperang mulut’ sesama sendiri mengenai isu penggunaan nama dan muka Uqasha oleh syarikat penerbitan Indie tempatan. Buku yang berjudul Uqasha Suci itu diterbitkan oleh Lejen Press. 

 

Jika dilihat sekali imbas, memang mirip kan?

Oleh itu, tuan badan telah memberi respon terhadap perkara ini di laman Twitternya.

Jika dilihat menerusi Tweet berikut, Uqasha seperti bertanyakan isu penggunaan nama dan mukanya di kulit buku tersebut. Dia juga seakan-akan meminta penjelasan daripada pihak yang terlibat.

Maka, pihak penerbitan juga tidak mendiamkan diri. Malah, pihak penerbitan buku tersebut iaitu syarikat Lejen Press turut membalas pertanyaan Uqasha.

Menurut syarikat penerbitan Lejen Press, kandungan dalam buku itu adalah umum dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Jika difikir secara logik, mungkin ini hanyalah kebetulan. Betul tak?

Justeru itu, penulis buku Uqasha Suci sendiri turut mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat penerbitan dan Uqasha sebenarnya baik-baik sahaja tetapi, netizen sahaja ‘melebih-lebih’.

Post itu juga mendapat retweet daripada Uqasha. Perkara tersebut dianggap selesai dan tidak perlu ada isu saman-menyaman. Netizen ni saja je kan jadi batu api?

Baguslah Uqasha, dia nampak semakin matang dalam menangani isu atau kontroversi yang timbul. Dia juga tidak melatah walaupun dikecam netizen dan kelihatan tenang sahaja. Mungkin betul kata orang, pengalaman mendewasakan seseorang. Keep it up Uqasha!

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops