Sufian Suhaimi Tidak Kisah Digelar Raja Lagu Sedih

Penyanyi penuh kontroversi, Sufian Suhaimi sekali lagi mendapat perhatian media apabila beliau dilabel sebagai Raja Lagu Sedih. Namun, bagi penyanyi ini beliau sama sekali tidak kisah dilabel sebegitu asalkan lagu nyanyiannya diterima ramai.

“Sebenarnya lagu sebegini sudah diminati pendengar muzik sejak era 1980-an lagi. Saya sendiri tidak kisah jika orang hendak melabelkan saya sebagai raja lagu sedih sebab karya sebegitu yang mendapat tempat dihati pendengar.” Katanya

Lagu terbaru hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini mendapat tempat dihati peminat apabila video muziknya sahaja telah meraih hampir 10 juta tontonan sejak ianya dimuat naik di laman Youtube pada 22 Mac lalu. Dan, menjadi trending nombor satu di Malaysia. 

Bagi Sufian Suhaimi, beliau tidak akan menyanyikan lagu berkonsepkan sedemikian dalam jangka masa yang lama tetapi, buat masa sekarang beliau cuba mengembalikan lagu berkonsepkan kisah percintaan seperti lagu Terasa Ada.

Salma Syahbuddin