Rendang Ayam Disuruh Goreng Rangup? Chef Wan Selar Juri MasterChef UK

“ Juri-juri berkenaan patut masukkan semula dia dan minta maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kredibiliti program itu semula,” demikian tulis chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi laman Instagram beliau.

Siapa yang tak marah kan? Apa tidaknya, masakan rendang ayam disuruhnya goreng rangup? Aduhai…

Ini menyebabkan majoriti netizen berang dengan komen yang dikeluarkan oleh juri Gregg Wallace ketika mengadili masakan peserta program, Zaleha Kadir Olpin.

“Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi itu tidak berlaku,” ujarnya pada posting tersebut.

Tambah Master Chef of the Year 2017 itu, juri program Gregg Wallace itu tidak patut memberi komen yang tidak sewajarnya sekiranya tidak faham dengan cara penyediaan hidangan tersebut.

Wanita berusia 48 tahun berkenaan menyediakan hidangan Rendang Ayam ketika pusingan ‘kalah mati’ program realiti itu.

Sementera itu, Zaleha menerusi laman Instagramnya mengaku terkilan dan kecewa kerana tersingkir namun dia tetap yakin dan mempertahankan caranya memasak!

“Saya tetap berdiri dengan cara tradisional saya memasak nasi lemak. Tidak akan mengubahnya untuk dunia.

“Dengan bangga dapat berkhidmat dan akan terus memasak dengan cara keluarga saya dan tidak akan mengubah kegemaran tradisional negara,” tulisnya.

Zaleha, 48, yang merupakan pemilik Malaysia Kitchen di Bristol ini mahir menghidangkan makanan tradisi Malaysia dan telah mengembara ke enam buah negara dalam tempoh 18 tahun ini.

 

SGMS Faida