Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2023 @ 7:45pm

[VIDEO] Abang Pisang Cheese ‘Biasa’ Tular, Kini Dilamar Jadi Model

Siapa sangka, aksi seorang pemuda menjual pisang goreng cheese dengan kepala senget dan ayat ‘biasa? maksudnya?’ menjadi asbab perniagaannya itu mendapat sambutan luar biasa sebaik sahaja tular di media sosial.

Malah, personaliti menarik dan rupa paras kacak membuatkan Adib Aidil, 24, dilamar beberapa agensi bakat yang menawarkan dirinya menjadi seorang model.

Terkejut dengan maklum balas yang diterima, Adib yang juga merupakan seorang graduan sekolah penerbangan berkata, dia tidak menyangka akan dikenali ramai orang selepas rakaman video tersebut tular di aplikasi TikTok.

 

“Semestinya terkejut, dan disebabkan viral orang kenal perniagaan kami dan kenal saya sendiri. Saya juga dapat banyak tawaran pekerjaan macam orang offer jadi model, jadi talent agensi dan banyak lagi,” katanya.

Malah, Adib juga mengaku kesan viral di platform media sosial itu memberi kesan yang besar terhadap diri dan perniagaan.

“Saya terkejut dan disebabkan viral ramai kenal Bananadibs. Perniagaan pula semakin ramai pelanggan sampai kami tak menang tangan dan berjaya menjual 70 kilogram pisang goreng  hanya dalam tempoh dua jam sahaja,” jelasnya.

Memetik laporan mStar, Adib menjelaskan, walaupun sering menerima tawaran untuk menjadi seorang model, namun dia lebih memilih untuk kekal fokus terhadap perniagaan yang diusahakan, selain menegaskan masih belum melupakan impiannya untuk bergelar sebagai seorang juruterbang satu hari nanti.

Sementara itu, Adib turut menepis dakwaan kononnya dia merupakan lelaki lembut dek kerana karakternya yang ‘soft spoken’.

“Itu memang gaya percakapan saya terutamanya dengan orang yang lebih tua atau pelanggan yang lemah lembut.

“Jadi, saya lebih kepada lemah lembut dan bukan lelaki lembut,” ujarnya.

@arifeddy Kesian @Banana Dibs 🍌 lama2 teleng dia orang mintak Pisang biasa😭 #adib #abangpisang #pisangbiasa ♬ original sound – Banana Dibs 🍌

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 May 2022
Trending Wed, 24 Jan 2018

Lompat Sampai Mamp*s,” Gelagat ‘Hantu Pocong’

Lompat Sampai Mamp*s,” Gelagat ‘Hantu Pocong’ Takutkan Pengguna Jalan Raya Selepas Diberkas Pihak Polis

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

Featured Fri, 19 Dec 2025

“Semoga Allah Baluti Awak Dengan Kasih Sayang & Kebahagiaan” – Hatta Dolmat Titip Semangat Buat Uqasha Senrose

Hatta mendoakan agar Uqasha terus dikelilingi kasih sayang dan kebahagiaan.

Trending Sun, 19 Aug 2018

Kofi Annan Meninggal Dunia Di Geneva

Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.

Featured Mon, 3 Nov 2025

Netizen Puji Cara Fazura Didik Fatima – “The Sincerity Is Something She Can’t Fake”

Nur Fatima Aisya menyorot perhatian ramai selepas saluran Youtube miliknya dilancarkan pada 1 November lalu.

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
error: Content is protected !!