Featured By: Atiqah Johari February 9, 2023 @ 5:24pm

[VIDEO] “Ada Yang Nampak Berkulat, Bernanah” – Muka Jadi Buruk, Anak Faziani Rohban Dedah Disihir

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarhamah Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasmin mendedahkan bahawa dirinya telah disihir.

Menerusi sebuah hantarannya di TikTok, Irdina tampil menjawab pertanyaan seorang warganet mengenai keadaan mukanya yang kelihatan merah.

“Bukan awak seorang je nampak muka saya macam itu, ramai. Ada orang yang nampak muka saya buruk, ada yang nampak muka saya bernanah dan ada juga yang bagitahu nampak muka saya tak macam selalu dia tengok sebelum ini.

“So, setiap orang nampak muka saya berbeza. Macam orang ini nampak muka saya berkulat, ada yang pelik-pelik” katanya.

Susulan itu, Irdina atau mesra disapa Gegirl memaklumkan bahawa dirinya tak nampak wajahnya menjadi buruk seperti yang diperkatakan orang ramai sekaligus berkongsi bahawa dirinya disihir.

“Kalau korang tanya saya, saya tak nampak pun muka saya ada apa-apa, serius! Saya disihir. Orang buat pandangan orang sekeliling, followers dan juga pengguna produk saya nampak muka saya ini buruk. Itu yang orang sihir,” jelas Irdina.

Oleh itu, Irdina berasa sedih kerana wajahnya sebelum ini bersih malah mendedahkan bahawa dia tidak boleh melihat mukanya dicermin kerana kelihatan hodoh dan kini masih dalam proses berubat.

“Tipu kalau cakap tak sedih sebab muka saya sebelum ini clear… macam semua orang tengok okay je muka saya.

“Haritu seminggu saya tak boleh tengok muka saya dekat cermin sebab nampak hodoh. Saya harap korang semua terus sokong saya dan mendokan yang terbaik untuk saya.

“Rasa sebak, sedih sikit bila cakap bab muka ini. Sekarang saya dalam berubat, korang doa yang baik-baik untuk saya,” luahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, ada warganet mengaku nampak wajah Irdina buruk sehingga meremang bila melihat dan mengesyorkannya untuk mengamalkan bacaan ayatul Kursi.

Malah, ada yang melihat wajahnya cantik seperti sedia kala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

OMG! K-pop Biggest Boy Band Is Coming To Malaysia And We Have ALL The Details

Guys, don’t miss out the chance to see Monsta X on 22nd June!

Featured Fri, 27 Sep 2019

Kasut sniker ‘nasi lemak’ lambang perpaduan negara

Edisi terhad Asics Malaysia ilham tempatan

Hiburan Tue, 15 Mar 2022

Setahun Berlalu, MADAM Muncul Rancak Dengan Nona

Kumpulan muzik MADAM yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona. Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri, Putera

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

AWAS! Ini Peringatan Elvina Buat Si Penggoda Suami Orang

Saya tidak menyalahkan satu pihak saja, ini ibarat kalau tiada angin tak mungkin pokok bergoyang…

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

Trending Mon, 13 Jan 2020
Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

| Live TV