[VIDEO] “Adakah Saya Sudah Bersedia?” – Kekasih Zarina Anjoulie Beri Hadiah Pakaian Muslimah & Tudung

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mencuri perhatian ramai terutamanya selepas mendedahkan kisah percintaan bersama kekasihnya, Datuk Sri Khazrul.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju sering berkongsi momen-momen indah mereka bersama di media sosial miliknya.

Terbaru, Anju memuat naik hantaran video di Instagram Story memaparkan hadiah-hadiah berbentuk tudung dan pakaian muslimah daripada kekasihnya.

Anju sebelum ini pernah memakai hijab mempersoalkan sama ada dirinya sudah bersedia untuk memakai pakaian muslimah.

“Dah start shopping kan kita baju muslimah. Lepas ni dia minta kita berhijab pula. Am i ready for this?” tulisnya di video tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Anju memuat naik foto terkini bersama kekasih dan anaknya berada di pusat membeli-belah.

Terdahulu, Anju pernah mendedahkan punca perpisahan bersama usahawan dan pelakon, Zoey Rahman.

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Aqilah Paharuzi