[VIDEO] Aina Abdul Nyanyi Lagu Kau Kekasihku Depan Siti Nurhaliza Buat Ramai Meremang! – “Dua Generasi Berbeza, Tak Perlu Bandingkan”

Penyanyi, Aina Abdul, 29, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video memaparkan dirinya membawa lagu Kau Kekasihku dihadapan pemilik lagu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Aina menjadi penyanyi jemputan untuk konsert Siti Nurhaliza ‘A Night To Remember’ di Persada Johor bersama rakan industri Khai Bahar memeriahkan majlis berkenaan.

Video tular di aplikasi TikTok tersebut menjadi sebutan rata-rata peminatnya yang teruja melihat pelantun lagu Semalam itu menyanyi bersama idolanya, Siti Nurhaliza sekaligus menjadi antara momen kegemilangan sejak Aina berkecimpung dalam industri seni.

Menerusi video tersebut, Siti juga dilihat kagum mendengar alunan suara Aina yang sungguh jelas ketika mendendangkan salah satu lagu hitsnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen ada segelintir antara netizen yang membandingkan vokal mereka berdua.

Namun begitu, ramai peminat yang mempertahankan artis kegemaran mereka ini dengan mengatakan kedua-dua selebriti hebat tanah air ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang nyanyian.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 400,000 tontonan, 30,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Aqilah Paharuzi