VIDEO] Amyra Rosli Reda Pemergian Bapa Mertua, Luah Rasa Rindu -“Terlalu Mudah & Terlalu Cepat…”

Pelakon popular, Amyra Rosli berkongsi video khas buat Allahyarham bapa mertuanya, Mohd Baharin Amir yang meninggal dunia, semalam.

Video tersebut telah dikongsi menerusi akaun instagram milik Amyra sendiri.

Menerusi video tersebut, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini membuat kompilasi gambar bapa mertuanya bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

“Wahai hati, redalah dgn pemergian ayahanda. Senyumlah dengan bangga kerana di waktu dia masih hidup ramai yang menyayanginya, banyak kebaikan yang dilakukan, dan di saat dia pergi terlalu mudah perjalanannya untuk bertemu dengan Yang Maha Esa.

“Lillah terlalu mudah dan terlalu cepat. Masya-Allah pemergiaan yang sangat dicemburui. Pesanan dan nasihat ayah akanku simpan erat sampai bila-bila. Bahagian ayah dah selesai. Terima kasih telah menjadi contoh terbaik untuk kami terus menjalani hari-hari mendatang. Kami sayang ayah sampai syurga. Moga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di kapsyen.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut bersimpati dan mengucapkan takziah di atas kehilangan bapa mertuanya yang tersayang itu.

“Salam takziah buat Myra Amar sekeluarga. Semoga roh arwah ayah korang tenang di sana.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah untuk keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Salam takziah buat Amar dan Myra,” komen netizen.

Terdahulu, Amar memaklumkan bahawa bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir dan diuruskan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang sebelum dikebumikan.

Izzi Farhana