#LaguXTRA: Kumpul CD Sejak Kecil, Sharifah Rose Peminat Misha Omar! – “First Time Jumpa Saya…”

Segmen Lagu XTRA minggu ini menampilkan pelakon cantik, Sharifah Rose menceritakan kisah disebalik lagu kegemarannya.

Menurutnya, lagu yang sering dimainkan ialah daripada penyanyi Luqman Podolski yang berjudul Kalau Kau Rindu kerana membuatkan ‘mood’ dirinya menjadi gembira.

“Sekarang ni on repeat saya tengah dengar lagu Kalau Kau Rindu by Luqman Podolski sebab pada saya lagu tu catchy.

“Actually, lagu tu suddenly keluar dekat playlist Spotify dan saya terus dengar everyday and every morning, that song always put me in a good mood,” ujarnya.

Manakala lagu kegemarannya dari dulu sehingga kini ialah lagu Bunga-Bunga Cinta yang dinyanyikan oleh Misha Omar selain memberitahu dia merupakan peminat tegar penyanyi tersebut.

“All time favorite song saya ialah Bunga-Bunga Cinta by Misha Omar sebab memang daripada kecil lagi saya ada banyak CD Misha Omar and my whole family pun dengar juga.

“And bila first time saya jumpa Kak Mitch (Misha Omar), I was starstruck sebab dia kan very manja, very friendly so memang best sangat dapat jumpa,” jelasnya.

Disoal tentang lagu lama dan lagu baru yang menjadi pilihan, Rose menyukai kedua-duanya dan bergantung kepada ‘mood’ pada ketika itu.

“Kalau waktu-waktu sendu dan nak ambil mood untuk berlakon, saya akan dengar lagu-lagu lama tapi kalau tengah fun, saya suka dengar lagu zaman sekarang,” jawabnya ringkas.

Maya Basir