Featured By: Aqilah Paharuzi December 13, 2022 @ 2:27pm

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video bersama anak-anaknya di media sosial TikTok baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan gelagat Sharifah menunjukkan imej anak-anaknya dari sisi berbeza.

“Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Aira, duduk macam lelaki. Yang lelaki duduk macam perempuan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima melihat wajah anak-anak Shahira bersama suaminya, pelakon Ijoy Azhari yang amat unik.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai memuji wajah anak lelaki Shahira persis seperti penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Conan Gray.

Dalam pada itu, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Shahirah yang menyakat anak-anaknya.

Sekadar info, Sharifah berkahwin bersama Ijoy pada 2003 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Manakala anak sulungnya, Allisya adalah hasil perkahwinan pertama Shahirah bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Sun, 17 Jan 2021
Hiburan Tue, 18 Jun 2024

“Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

Soal jodoh ni bukan terletak pada tangan kita.. doa yang baik-baik. Stay Strong, Zara Zya!

Trending Thu, 29 Apr 2021

Menyingkap Peristiwa Nuzul Al-Quran, Penurunan Al-Quran Dari Langit Ke Nabi Terakhir

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini […]

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Kagum Sikap Suami, Mawar Rashid Titip Ucapan Romantis!

Alhamdulillah…beruntung sungguh Mawar

Trending Sun, 28 Nov 2021

Kini Popular Dengan YouTube Cikidot Channel, Zarol Zarif Muncul Dengan Single ‘Kan Kan’

Penyanyi dan YouTuber popular Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul Kan Kan. Biarpun bermula dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini […]

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!