[VIDEO] Babak Ustaz Hamadi Ajar Budak Minta Sedekah Dalam Drama Nur 2 Buat Netizen Berdekah – “Sakit Perut Gelak”

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan babak lakonan drama rantaian popular, Nur 2 yang dilakonkan oleh pelakon, Azhan Rani.

Biarpun sudah lebih 4 tahun drama popular itu melabuhkan tirainya, namun karakter penunggang agama yang dibawakan Azhan itu tetap menjadi ingatan kepada semua.

Menerusi perkongsian di TikTok, video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan babak Azhan yang memegang watak sebagai Ustaz Hamadi itu sedang membawa anak-anak murid tahfiznya untuk membuat kutipan derma.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah cara dan gaya percakapan Ustaz Hamadi yang memberi contoh kepada pelajar tersebut untuk mengutip derma dengan cara yang ‘kesian’.

Ustaz Hamadi mengajar dan meminta pelajar tersebut untuk membuat memek muka yang kesian dengan memuncungkan bibir serta suara yang sengau.

Tidak berpuas hati dengan gaya yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut, Ustaz Hamdi turut memberi contoh gayanya yang betul.

Ternyata babak tersebut memberi kesan kepada penonton apabila rata-rata mengatakan babak tersebut sangat kelakar malah mempersoal bagaimana pelakon kanak-kanak tersebut mampu bertahan untuk tidak ketawa.

“Macam mana lah adik ni boleh tahan tak gelak,” tulis pemilik video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video babak drama tersebut.

Khairil Khusyairi