[VIDEO] Netizen Korek Balik Video Aliff Aziz Buka Zip Seluar, Ramai Pula Cakap Jijik & Perangai Remp*t 

Kecoh di media sosial kini mengenai kemelut rumah tangga antara pelakon kontroversi Aliff Aziz bersama isteri, Bella Astillah selepas wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’ Aliff mendedahkan lagi bukti kecurangan Aliff.

Semalam, nama ‘kekasih gelap’ Aliff yang bernama Sarah Yasmine sekali lagi kecoh apabila mendedahkan perbualan WhatsApp yang didakwa antara Aliff dan aktres sensasi, Ruhainies.

Ternyata pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine itu mengejutkan semua pihak apabila mengetahui segala perbualan di antara Aliff dan Ruhainies.

Masih panas isu tersebut, nama Aliff, Ruhainies, Sarah Yasmine dan Bella Astillah turut sohor dan trending di media sosial terutamanya di aplikasi X (Twitter).

Menjengah ke ruangan media sosial, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap isu yang panas itu.

Antaranya, ramai berasa berang dengan tindakan Aliff dan Ruhainies yang merancang untuk mengaibkan dan menjatuhkan Bella Astillah.

Namun, terbaharu timbul semula klip video jijik Aliff Aziz yang pernah tular beberapa tahun lalu di media sosial.

Menerusi muat naik di X, seorang pengguna memuat naik semula video yang memaparkan Aliff membuka zip seluarnya ketika bergaduh dengan seorang individu.

“Korang tengoklah apa yang Aliff Azizi pernah buat. Ultimate disgusting. Sesuailah dengan Ruhainies, sama-sama sampah masyarakat,” tulis dalam perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut biarpun ia meupakan video lama.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Saja Yang Digunakan Pihak Sana Adalah Perkara Lama Semata Nak Tutup Kes Khalwat” – Bella Astillah

Khairil Khusyairi