Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Susulan tindakan Sarah Yasmine mendedahkan bukti perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies berkaitan kes khalwat dan bukti mengutuk tindakan Bella Astillah serta jenama produk kecantikan sebagai menumpang kontroversi mereka, kali ini, Sarah sekali lagi mengutuk semua tindakan yang dilakukan pasangan itu sebagai hipokrit.

Menerusi tangkap layar WhatsApp yang dikongsikan, Aliff sedar sejak kes khalwat tular dan Bella tampil memberikan kenyataan, dia dan ibunya, Siti Hafiza Basharahil tidak henti-henti menerima kecaman termasuklah dihina dan dicaci.

Namun, sebagai seorang yang bertanggungjawab,  Sarah akhirnya tampil memberitahu ibu dan ahli keluarga Aliff mengenai ‘hubungan’ membabitkan anak lelakinya itu dan aktres berkenaan.

Dalam pada itu, Sarah juga menyatakan bahawa dia kesal dengan tindakan Aliff dek kerana menyembunyikan cerita sebenar daripada pengetahuan ibunya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, Sarah mendedahkan kenyataan yang diberikan Aliff kepad amedia sebelum in iadalah hasil tulisannya sekaligus mengakui bahawa apa yang berlaku antaran Aliff dan Ruhainies dia tetap berada di pihak Bella.

Tidak habis disitu, Sarah juga sempat memberikan kenyataan sarkastik terhadap Ruhainies dengan menggelar aktres itu sebagai manipulatif, toksik dan tidak tahu malu gara-gara melarang Aliff untuk mengembalikan kereta milik Bella.

Bahkan, Sarah menyifatkan Aliff terpaksa mengikut segala kemahuan Ruhainies memandangkan aktor itu terhutang budi.

Sarah tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Salma Syahbuddin