Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 17, 2024 @ 3:56pm

[VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.

Dengan ringkas, Baim hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat perkahwinan bersama Paula yang sudah terbina selama enam tahun itu.

“Doa yang terbaik sahaja,” katanya.

Meskipun sibuk, namun Baim memaklumkan dia masih meluangkan masa bersama anak-anak.

“Setiap hari anak saya ke pejabat saya jadi bukan untuk tempat bekerja sahaja pejabat saya juga nyaman untuk anak-anak saya bermain.

“Anak-anak saya juga mahu ke pejebat saya,” ujarnya ketika ditemui XTRA di majlis ulangtahun perdana Brïk di Avenue K.

Sebelum ini, Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.

Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.

Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Didakwa Goyah, Baim Wong Kunci Mulut – “Doakan Saja Yang Terbaik Untuk Kami”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Sep 2021

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. “Kali keenam. […]

Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Mon, 26 Mar 2018

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
error: Content is protected !!