[VIDEO] Berbaring Atas Katil, Pakai Bathrobe, Viral Tya Ariffin Rakam Video Selit Adegan Panas! Netizen Dakwa Marketing

Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin baru-baru ini menjadi perbualan di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan dirinya sedang dalam sesi penggambaran.

Menerusi video berdurasi 19 saat, isteri kepada usahawan Asyraf Khalid itu memakai dress merah dan baring di atas katil, memegang bahu seorang lelaki, babak dalam air serta memakai ‘bathrobe’.

Meskipun video itu tidak beberapa jelas, namun ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan Tya kerana memilih konsep ‘photoshoot’ yang dikatakan melampau.

Rata-rata netizen terkejut melihat Tya sanggup untuk membuat content sedemikian meskipun berimej wanita muslimah.

Netizen turut mendakwa Tya disyaki ‘sengaja’ membuat photoshoot sedemikian kerana hanya mahu meraih populariti dan marketing semata.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram Tya, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihaknya mengenai kontroversi melanda dirinya itu.

Tya hanya memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang mengumumkan akan mengeluarkan keluaran terbaru dari Mutyara.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 170,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan 107 komen.

Aqilah Paharuzi