Muat Naik Foto Di Instagram, Warganet Tegur PU Azman Kelihatan Cengkung – “Lesu Nampak Muka”

Lebih sebulan menyepi, Pencetus Ummah (PU) Azman membuat kemunculan semula dengan memuat naik sebuah foto di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi foto tersebut, dilihat PU Azman atau mesra disapa Cik Man menghadiri sebuah majlis dan bergambar dengan beberapa ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, hantaran tersebut menjadi tumpuan warganet apabila foto tersebut memperlihatkan tubuh badan Cik Man yang kelihatan susut dan cengkung sambil mengenakan kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam.

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya berasa senang dengan kemunculan Cik Man di Instagram.

Rata-rata, ramai yang merindui gurau senda Cik Man malah ramai yang mendoakan semoga urusan Cik Man dipermudahkan.

Walaubagaimanapun, hantaran yang dimuat naik PU Azman dilihat telah dipadam.

Terdahulu, PU Azman pernah dikaitkan dengan pertuduhan kes amang seksual yang melibatkan beberapa remaja lelaki bawah umur.

Sumber & Kredit foto: mStar

Atiqah Johari