Hiburan By: Izzi Farhana June 23, 2023 @ 7:19pm

[VIDEO] Bergurau Senda Sambil Nyanyikan Lagu Pengantin Baru Buat Jiggy Masin, Elly Arifin Raih Pujian Netizen -“Bagus Ex-Wife Macamni…”

Video yang dikongsi oleh pengacara Elly Arifin yang mengusik bekas suaminya, pelawak Jiggy Masin dengan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru meraih perhatian peminat.

Video tersebut dikongsi melalui akaun media sosial TikTok milik Elly sendiri.

@elly_arifin Memang dua2 skali pakej aku bagi kat telinga masing2 😂 @Thisisnaqiu @Aizat Nazri #fyp #fypシ #fypdongggggggg #masukberanda ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530)

Menerusi video tersebut, Elly sempat berseloroh kerana tidak mendapat jemputan ketika majlis pernikahan Jiggy dan isterinya, atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang berlangsung pada April lalu.

Namun Jiggy pantas membidas dengan penjelasan punca dia tidak menjemput Elly adalah kerana majlis resepsi masih belum dilangsungkan.

Aksi bersahaja antara mereka berdua telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap Elly kerana masih mempunyai hubungan baik bersama bekas suami.

“Kan bagus ex wife macamni. Anggap macam kawan.

“Sportrim betul.

“Untung dapat ex wife macam ni. Walaupun dah berpisah tetap berbaik kan?” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Mia Ahmad Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah Mia dan suami!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Kenapa Shukri Yahaya Berdendam Dengan Emma Maembong?

Kalau nak tahu jangan lupa temu janji korang jam 10 malam ini okay!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

Alamak! Lebihan Shawl tu nak simpan buat apa dik?

Trending Wed, 29 Jan 2020
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Wed, 16 Mar 2022