[VIDEO] “Best Ke Rampas Suami Orang?” – Ditanya Soalan Cepumas, Reaksi Fatin Afeefa Memang Win!

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mencuri perhatian netizen selepas sebuah video memaparkan dirinya membidas komen netizen yang mengajukan soalan pedas kepadanya.

Video berdurasi 46 saat itu tular di ruangan media sosial TikTok baru-baru ini telah meraih pelbagai reaksi netizen yang memuji Fatin bertindak santai dalam membalas komen itu.

“Best ke rampas suami orang?” ujar netizen berkenaan menerusi siaran langsung Fatin di TikTok.

“Hey, Mimibay (panggilan netizen), awak tu bakal jadi anak tiri saya tau. Hormat sikit mak awak. Panggil saya mummy sekarang. Hormat saya sikit, bapa awak yang kejar saya.

“Awak tahu tak, level mak tiri tu sama level dengan mak awak tau,” ujarnya dengan nada santai.

Bagaimanapun, dipercayai video tersebut hanyalah konten semata-mata kerana Fatin di akhir video tersebut seakan bergurau dengan netizen berkenaan.

Katanya, “Sekali dia reply ayah dia dah mati, mampus saya. Alamakkkk,” ujarnya berseloroh.

Tinjauan di ruangan komen video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna TikTok itu dibanjiri dengan reaksi netizen yang tidak menyangka aktres Tentang Bulan itu akan berani menjawab sebegitu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Itu Normal, Boleh Jadi Masalah Genetik…” – Fatin Afeefa Menangis Dikritik Leher ‘Berkerak’, Netizen Tampil ‘Backup’ & Beri Sokongan!

Turut komen empunya video, Fatin juga mengakui terkejut melihat dirinya tular di TikTok.

Aqilah Paharuzi