‘Digam’ Lepas Video Aksi Panas Tular Di Bigo, Natasha Elyzza Akui Lebih Matang & Memilih Kawan – “Memang Masa Muda Saya Seperti Monyet”

Gara-gara kontroversi yang melibatkan video aksi panas di aplikasi Bigo, pelakon Natasha Elyzza akui bahawa isu tersebut telah menjejaskan kariernya dalam industri seni.

Lebih parah, dia menyatakan dirinya turut ‘digam’ dan kurang mendapat tawaran berlakon sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan BH Online, Natasha memaklumkan bahawa dia berasa sedih dan berfikir tiada lagi peluang untuk berlakon.

“Saya rasa sedih dan kehilangan diri sehingga fikir tiada lagi peluang untuk berlakon.

“Saya dengar ramai menyangkakan jika memberikan kerja, risau saya buat hal. Namun, Alhamdulillah, ramai mula memberikan peluang selepas ada rakan menjelaskan perkara yang berlaku. Ia bukannya kesalahan saya 100 peratus.

“Dari situ, saya perlahan-lahan aktif semula berlakon dan sekarang, saya bernaung di bawah syarikat pengurusan, Prodigy. Mereka banyak membantu saya.

“Kini, saya tidak sangka dapat kembali, jadi benar-benar mahu buktikan saya boleh menjadi lebih baik. Ini adalah peluang terakhir untuk saya membuktikan saya bukan lagi seperti dahulu,” katanya kepada BH Online.

Walaubagaimanapun, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Elyzza Rohishim, 28 menjelaskan bahawa insiden tersebut membuatkan dirinya semakin matang dan banyak berubah serta lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

“Jika tidak berlaku, mungkin saya tidak akan matang. Sekarang, saya sudah banyak berubah.

“Memang masa muda, saya seperti ‘monyet’, tetapi sekarang lebih ayu. Alhamdulillah. saya sudah belajar dan tahu bagaimana mahu bercakap dengan orang.

“Kalau dahulu, saya jenis bercakap tanpa berfikir, tetapi sekarang, lebih berhati-hati.

“Sekarang juga saya lebih hati-hati dalam memilih kawan. Saya tidak boleh percaya orang dengan mudah,” ujarnya.

Terdahulu, nama Natasha hangat diperkatakan apabila video aksi panas dirinya dengan pelakon Fathia Latiff tular dalam laman sosial Bigo pada 2017.

Sumber: BH Online

Atiqah Johari