[VIDEO] “Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Syamsul Yusof Tayang Dusun Durian Musang King Raih Pujian Netizen

Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil mendedahkan sisi lain kehidupannya yang jarang dipaparkan kepada umum.

Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Syamsul dilihat sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian jenis mahal iaitu Musang King.

“Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menceburi bidang baharu selain daripada kehandalannya dalam mengarah filem.

Malah, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan memuji tindakan Syamsul kerana melaburkan wangnya dengan menjadi seorang petani.

Difahamkan ladang dusun durian selebriti ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih perhatian ramai sebanyak 703,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan 1,500 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Aqilah Paharuzi