Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Penggambaran drama komedi popular, Kampung People yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Elly Mazlein, Riena Diana dan Rashidi Ishak dikhabarkan telah selesai.

Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini sering meraih rating tinggi setiap kali ditayangkan di TV3.

Namun begitu, difahamkan aktor Hun Haqeem yang memegang watak sebagai Jekfer tidak akan muncul untuk musim ketiga ini.

Ia ekoran sebuah ciapan poll dimuat naik oleh TV3 Malaysia, berhubung penggantian watak Jekfer.

Ciapan itu memberikan senarai tiga nama aktor lain iaitu Aedy Ashraf, Aniq Suhair dan Meerqeen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan peminat Kampung People yang setia menonton dari musim pertama dan kedua memohon agar watak Jekfer dikekalkan oleh Hun Haqeem.

Menurut netizen, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy berjaya menghidupkan watak Jekfer dalam drama Kampung People.

Warganet turut menegaskan tempat Hun tidak wajar digantikan oleh pelakon lain.

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai punca sebenar Hun tidak akan meneruskan watak Jekfer untuk musim ketiga ini.

Jangan lupa saksikan drama komedi Kampung People musim ketiga mulai 18 November ini setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3!

Aqilah Paharuzi