[VIDEO] Buat Trend ‘Wanita Kalau Kahwin 4’, Netizen Tegur Nurul Shuhada – “Jangan Permainkan Hukum Allah Sis”

Nama bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Nurul Shuhada berkongsi sebuah video yang memaparkan dia membuat trend terkini iaitu ‘kalau wanita kahwin 4’.

Video tersebut menunjukkan lakonan Nurul Shuhada melakonkan reaksi sekiranya kaum lelaki dimadukan dengan menggunakan kesan ‘filter’ berjambang.

“Macam ni la kot dia kalau lelaki dimadukan. Yang penting kita setia dengan yang satu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Biarpun ianya sekadar hiburan, ternyata perkongsian tersebut mendapat reaksi kurang senang segelintir warganet.

Rata-rata warganet mendakwa tidak elok bagi seseorang untuk membuat hiburan dengan melibatkan perihal agama.

Malah ada juga yang menyifatkan bahawa kandungan tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam.

Namun ada juga tampil memberi pandangan bahawa kandungan tersebut tidak salah kerana menggunakan perkataan ‘kalau’.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Mahkamah juga memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Suka ‘Confident Level’ Nurul Shuhada Lepas Cerai, Tapi Ada Pula Yang Tegur Penampilan – “Dah Kurus Baju Ketat Pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Elak Masak Sambal Sotong Selama 9 Bulan – “Ini Lauk Kegemaran Dia…”

Khairil Khusyairi