Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 25, 2022 @ 4:19pm

[VIDEO] “Delete Before It’s Too Late” – Individu Rakam Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Ambil Tindakan

Hari pertama tayangan di pawagam, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1 juta sekaligus mencipta sejarah menjadi filem epik Melayu pertama dengan hari pembukaan tertinggi.

Namun, disebalik kejayaan tersebut, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah merakam babak klimaks dan membuat perkongsian di platform TikTok.

Perbuatan itu telah mendapat perhatian dan membuatkan pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof bengang lalu memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“User tiktok di atas & TIKTOKERS lain akan dikenakan TINDAKAN UNDANG-UNDANG url/ip address kamu telah dikenalpasti. DELETE NOW BEFORE IT’S TOO LATE,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Bukan itu sahaja, pelakon filem Mat Kilau, Beto Kusyairi turut memuat naik hantaran di Facebook miliknya, memaklumkan agar penonton tidak merakam babak-babak filem Mat Kilau memandangkan sebelum tayangan filem bermula mereka telah diberi amaran untuk tidak berbuat demikian.

Tambahnya lagi, individu tersebut dengan selambanya memetik akaun TikTok Beto di perkongsian video yang dibuat ibarat menyerahkan diri kepada pihak produksi filem.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan menyokong keputusan Syamsul untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut agar filem-filem di Malaysia terus dipertahankan.

Untuk makluman, tindakan individu tersebut merupakan salah satu bentuk jenayah dan telah termaktub dalam akta hak cipta 1987.

“Bagus tindakan Syamsul, pastikan filem negara terus dipertahankan.

“Jenayah tetap jenayah.

“Sabarlah bang, orang macam ini dia tak fikir penat lelah buat kerja macam abang, tahu copy paste je,” komen warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Dec 2024
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Areef Amran Akui Sudah Tiba Masa Bawa Watak Lebih Matang

Areef turut menyimpan hasrat untuk membawakan watak seorang guru

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Fri, 18 Oct 2024

“Sejak Kes Fattzura, Suami Up Duit Nafkah” – Watie Hanifiah Luah Rasa Syukur

Wahhh, bestnyaaaa. Murah rezeki Shuib tambah nafkah isteri

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Nana Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua

Nana berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
error: Content is protected !!