Featured By: Khairil Khusyairi February 1, 2023 @ 5:06pm

[VIDEO] “Dia Kerja Keras Nak Jadi Diri Dia Harini” – Peminat Kagum Lihat Perjalanan Karier Aina Abdul, Minta Buat Album Tradisional

Penyanyi Aina Abdul sekali lagi mendapat perhatian warganet di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan kompilasi dua video nyanyian Aina Abdul.

Lebih menarik, Aina mendendangkan lagu popular penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Cindai. Kedua-dua video tersebut dirakam pada tahun berbeza iaitu tahun 2009 dan 2023.

“Orang yang sama. Cindai by Tokti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@ainaxvocals Orang yang sama❤️ Cindai by tokti❤️ #ainaabdul #cindai #sitinurhaliza #tokti #trending #ajl37 ♬ original sound – AinaxVocals

Ternyata, nyanyian Aina mencuri perhatian ramai apabila mendendangkan lagu popular tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan perjalanan Aina memulakan karier sehingga bergelar penyanyi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

Untuk info, Aina akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 37) menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup pada 12 Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Layak Ke AJL 37, Aina Abdul Mahu Sesuatu Yang Besar Untuk Lagu ‘Terus Hidup’

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil, anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Oct 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Macam-macam soalan ditanyakan pada artis ni erk…Pilihan masing-masing, ada yang gemar tayang pasangan, ada yang lebih ‘tertutup’. Tepuk dada, tanya selera!

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Professional Wrestler and Actor John Cena Confirmed to be an ARMY!

John Cena has just confirmed that he is a big fan of BTS!

Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Sun, 13 Aug 2023
Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪