[VIDEO] “Dulu Bersongket Kuning, Tapi…” – Selepas 15 Tahun Berkahwin, Lisdawati & Fauzi Nawawi Bersanding Semula Gara-Gara…

Pasangan pelakon terkenal Lisdawati dan Fauzi Nawawi dilihat bersanding semula bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.

Di majlis tersebut, pasangan romantis itu mengenakan busana songket berwarna putih untuk persandingan manakala mengenakan pakaian tradisional berwarna biru muda untuk pernikahan.

Jelas Lisdawati, mereka membuat keputusan untuk bersanding semula adalah kerana dia sudah berhijab manakala foto kahwin dahulu terpaksa digugurkan demi menjaga auratnya.

“Di kesempatan ini juga, saya nak rakamkan momen saya bersama suami setelah 15 tahun kami berkahwin.

“Dan semua gambar-gambar tak dapat kami paparkan lagi, harus digugurkan… Jadi, sekarang ini momen terbaharu dapat kami simpan gambar terbaharu ini untuk anak, cucu, cicit kami,” kongsinya.

Menerusi hantaran Instagramnya, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 43, bersyukur dengan kenangan yang dicipta di samping meluahkan rasa terima kasih kepada tetamu yang hadir.

“Kenangan terindah. Alhamdulillah. Ini sahaja yang dapat kami simpan untuk cucu cicit kami, terima kasih semua yang hadir ke majlis ringkas kami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk info, Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Kredit Video: Hlive

Atiqah Johari