Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 21, 2024 @ 5:54pm

[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

Penyanyi, Ezlynn mendedahkan hasrat suaminya, Wan Mohd Hafizam yang mahu mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga.

Menerusi video temu bual bersama KopiPlanet, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 42, memaklumkan suaminya mahu mencari isteri dari negara seberang.

“Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak.

“Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang.. Saya memang beri keizinan,” katanya.

Ketika disoal mengenai alasan disebalik keizinan yang diberikan kepada suami untuk berkahwin lain, Ezlynn berkata dia mempercayai fitrah lelaki yang mampu mencintai lebih dari seorang wanita dalam satu masa.

Ezlynn

“Lumrah seorang wanita atau isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ bila suami kata nak kahwin lain tapi suami memainkan peranan penting untuk menjaga hati isteri-isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezlynn yang popular menerusi lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ ini menyerahkan urusan rumah tangganya kepada Allah SWT.

“Hubungan saya dengan suami di dunia ini tak tahu asmpai bila Allah SWT bagi rezeki itu. Saya tak fikir di dunia, yang kekal hanya di akhirat,” tuturnya.

@kopiplanet

Penyanyi popular Ezlynn yang kini hidup bermadu sebagai isteri pertama mendedahkan suaminya ada luah hasrat untuk berkahwin lagi dan mahu memilih wanita Indonesia sebagai isteri ke-3… #fyp #foryourpage #foryoupage #ezlynn #penyanyi #popular #madu #artis #malaysia #gosip #kahwin #tiktok #tiktokmalaysia

♬ original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com

Sekadar info, Ezlynn berkahwin dengan Wan Mohd. Hafizam pada 11 September 2021.

Susulan itu pada Mac 2023, Ezlynn memaklumkan suaminya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis.

Artikel Berkaitan: Izin Suami Kahwini Doktor Usia 26 Tahun, Ezlynn Reda Bermadu – “Poligami Bukan Untuk Semua Wanita”

Sumber: TikTok KopiPlanet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

Sabarlah ya Fiza…

Events Sat, 1 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Ayyad Aisyah Kisah Dua-Beradik Yang Penuh Suka Duka

Ceriakan hari anda dengan drama-drama menarik hanya di TV3!

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Hebat! Dato Vida Latih Anak Usia 14 Tahun Jadi CEO

Terbaiklah Cik B, semoga terus sukses!

Hiburan Sun, 15 Oct 2023

Beri Bayangan Seakan Tunggu Giliran Jadi Suami Isteri, Azira Shafinaz Serah Soal Kahwin Pada Jodoh

Macam dah ada bau nasi minyak lah.. Semoga dipermudahkan urusan

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Wed, 2 Dec 2020
error: Content is protected !!