[VIDEO] Gelar Caprice Kurang Ajar? Netizen Dakwa Fathia Latiff Buat Video Tengah Khayal

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian selepas video live di Instagram miliknya tular dan dikongsikan semula oleh peminatnya menerusi akaun TikTok pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia kelihatan sedang berbaring sambil memberikan komen terhadap hantaran penyanyi rap, Caprice baru-baru ini mengenai isu kontroversinya membabitkan pasangan pelakon, Zahirah Mcwilson dan Aiman Hakim Ridza.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Anggap Kongsi Foto Aiman Hakim Sebagai Mengganggu Rumah Tangga, Status Kesihatan Mental Fathia Latif Cetus Tanda Tanya

Dalam hantaran tersebut, aktres drama rantaian popular, Ariana Rose itu mendakwa, Caprice sengaja bertanyakan soalan kontroversi kepadanya dalam segmen podcast ‘Club Orang Kaya The Show’  dan hanya memuat naik klip video yang menunjukkan dirinya kelihatan bodoh.

“Tiba-tiba kau nak datang kata nak interview kejap. Tapi aku tahu sangatlah yang si Apek (Caprice) tu. Dia bukannya betul sangat pun.

“Dia sengaja tanya soalan, sebab tu makanan dia. Tapi kejap lagi mula lah tanya soalan-soalan anjing. Lepastu, post yang nampak kita bodoh.

“Did he posted the whole interview? Takkan dia cut kan… Kurang ajar Caprice tu. Dia post yang dia nampak okay je. Anjir!,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fathia juga seolah-olah memerli rakan baiknya, Zarina Anjoulie apabila bercakap mengenai penggunaan ‘gigi taring’.

“Perasan tak ada minah ni dia buat gigi taring, buruk gila tau! Dia ingat dia hot lah tu.

“I natural lagi ada gigi taring… Nak jadi macam I lah tu?

“Lepastu dia selalu brag yang I nak jadi macam dia… muntah darah! Kalau kau lawa tak apa juga, ni muka kau pun dan macam pengemis Turki,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka teki mengenai status kesihatan Fathia, malah ada yang mendakwa dia kelihatan sedang berkhayal apabila melakukan sesi live tersebut.

Salma Syahbuddin