Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2022 @ 6:00am

[VIDEO] Hati-Hati Dengan Istidraj… Puteri Sarah Tak Kisah Jika Syamsul Mahu Bayarkan Saman Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu dia tidak kisah dengan video viral yang menunjukkan suaminya yang juga pengarah terkenal Syamsul Yusof dan pelakon veteran, Kazar Saisi berada di sebuah kedai emas.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Melastik Ke Hatimu itu tidak kisah jika suaminya mahu membayar saman pihak defendan iaitu, Ira Kazar.

“Tak kisahlah nak bayar saman Ira Kazar ke tak… janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah,” katanya selepas ditanya oleh salah seorang pengguna Tik Tok berhubung kes video yang viral itu.

Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik hantaran menerusi Instagram Story miliknya mengenai istidraj.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun, ramai yang beranggapan posting berkenaan ditujukan buat suaminya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 31 saat yang telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @Rghaikimbyeongho menunjukkan Syamsul dan Kazar Saisi sedang berada di sebuah kedai emas.

Walaupun ia hanya sekadar ‘content’ semata-mata namun, ramai pihak nampaknya berasa kurang senang dengan tindakan pengarah filem Mat Kilau ini kerana dianggap tidak sensitif dan menghormati pihak isterinya apatah lagi Puteri Sarah kini sedang sibuk dengan isu mahkamah melibatkan rumah tangga mereka.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage ♬ original sound – Rghaikimbyeongho

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Rancak Bina Nama Di Hollywood, Cinta Laura Belum Fikir Soal Teman Lelaki

Jika ada kekasih nanti, ada syarat yang harus dipenuhinya…

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 22 May 2020
Eat Travel Mon, 4 May 2020
Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
error: Content is protected !!