Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Aqilah Paharuzi December 5, 2022 @ 12:51pm

[VIDEO] Individu Nak ‘Lock’ Aeril Zafrel, Reaksi Wawa Zainal Mencuit Hati – “Sanggup Kehilangan Beg Mewah, Jangan Macam-Macam”

Pasangan pelakon sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal tidak dinafikan sentiasa menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Terbaharu, berdasarkan sebuah video siaran langsung di TikTok, Wawa dilihat sedang membalas komen individu yang mahu ‘lock’ suami tercintanya itu.

“Lock Aeril, woi nah jangan kau minta macam-macam bah. Dia ni satu-satunya sejak ada di dunia, kau mahu lock lagi. Eii jangan bah.

“Sanggup aku kehilangan barang berharga contoh handbeg ke, janganlah kehilangan si Aeril, gitu..,” katanya dalam loghat Sabah sambil memandang wajah suaminya.

Artikel Berkaitan: “Saya Ada Hak Untuk Memilih” – Sakan Main TikTok, Ramai Peminat Tanya Aeril Zafrel Dah Tukar Karier Ke?

Artikel Berkaitan: “Bukan Berubah, Tapi Dia Tak Perasan…” – Isu Nampak Aurat Wawa Zainal, Ini Respons Aeril Zafrel

Menjengah ke ruang komen, ramai teruja melihat reaksi Aeril seakan tersipu malu dan hanya mampu ketawa setelah Wawa berkata sedemikian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berang terhadap individu berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu ‘lock’ suami orang lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 588,000 tontonan, 26,000 ribu tanda suka dan lebih 200 komen.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, dua tahun dan  Muhammad Fahri, setahun.

Kredit foto: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

RESPECT! Bila Konduktor Muzik Terkenal Bongkar Rahsia Khai Bahar Yang Orang Lain Tak Tahu

Saya kata dasat hang Khai. Depa kenai hang dan tahu bila hang sampai sini. Banyak paparazi ni…Itulah kuasa laman sosial.

Featured Wed, 23 Feb 2022
error: Content is protected !!