Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 2, 2023 @ 2:43pm

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Heboh di platform media sosial mengenai Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, Ira Kazar yang dikhabarkan telah menerima kifarah atau balasan disebalik peruntuhan rumah tangga Syamsul bersama bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.

Perkara tersebut didedahkan oleh isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz di sesi siaran langsung TikTok, kelmarin.

Berdasarkan video tersebut, Ira kelihatan tenang bermain telefon sambil tersenyum di samping Nilam.

“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia,” katanya.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci di sebalik masuk sebenar Ira menerima kifarah itu, Nilam berkata anak kepada pelakon Kazar Saisi itu telah ikhlas menerima ujian yang dilaluinya itu.

“Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya.

@fathfariha

Replying to @🌼 Ira kena hadap la sbb tu pilihan dia😅

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 400,000 tontonan, 5000 tanda suka dan lebih 400 komen.

Namun begitu, pendedahan Nilam mengenai Ira itu telah menimbulkan 1001 persoalan netizen yang tertanya-tanya mengenai perkara sebenar yang telah berlaku.

Nama Ira mula menjadi perhatian ramai selepas aktres Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga.

Isu rumah tangga pengarah sensasi ini bersama Ira dan Syamsul menjadi sebutan ramai sejak mereka berkahwin pada 6 Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 mac 2014 namun bercerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Artikel Berkaitan: “Buang Sikit Busuk Hati Tu Dik” – Kesian Akan Ira Kazar, Individu Minta Puteri Sarah Jauhkan Diri Dengan Mentua

Artikel Berkaitan: Tunai Permintaan Ramai, Netizen Puji Suara Ira Kazar Sedap Didengar Buat Voice Over Ajar Masak ‘Baked Potato Beef’ – “Lembutnya, Nak Resepi Lagi!”

Artikel Berkaitan: “Buatlah Apa Awak Nak Buat” – Nama Bekas Suami Terpalit, Syamsul Yusof Bagi ‘Greenlight’ Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Psst…Cara Mudah Cantik Macam Priyanka Chopra!

Saya sedar harus melakukan sesuatu agar benar-benar terlihat seperti yang dilakukan untuk muka depan majalah.

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 28 Nov 2025

Bakal Jalani Rawatan Radioterapi 33 Kali, Shahronizam Noor Reda Hidap Kanser Tahap Dua – “Ketumbuhan Tulang Makin Ganas…”

Pelakon Shahronizam Noor dilaporkan menghidap kanser tulang tahap dua selepas melalui beberapa siri pemeriksaan.

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Trending Wed, 17 Jun 2020

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Berita baik buat semua yang mengalami masalah bil api melambung tinggi

Trending Tue, 28 Nov 2017

Hujan Lebat Kategori Bahaya Bagi Negeri Pantai Timur

Memandangkan sekarang musim hujan, negeri Pantai Timur antara lokasi yang diramalkan bakal menerima hujan lebat kategori bahaya. Malaysian Meteorological Department telah megeluarkan amaran tentang bahayanya hujan lebat yang bakal turun

Featured Sun, 20 Apr 2025

Mantera Filem Seram Bongkar Ritual Bobolian, Bomoh Tradisi Kaum Dusun Di Sabah

Mengangkat kisah mist.ik berdasarkan amalan tradisional kaum Dusun.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!