[VIDEO] Isu Virgoun Langgan P*lacur, Isteri Terpaksa Buka Purdah Demi Mencari Rezeki Untuk Anak-Anak – “Ada Unsur Darurat…”

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial berhubung penyanyi Indonesia, Virgoun yang telah melanggan pelacur sehingga menghabiskan wang berjumlah RM59,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Cuba Lakukan Demi…” – Isteri Virgoun Dedah Diajak Layan Nafsu Ketika Berpuasa, Didakwa Berhabis Duit Bayar Khidmat S*ks?

Meskipun Virgoun enggan berpisah, namun isterinya, Inara Rusli tetap bernekad mahu bercerai dan sudah bersedia untuk perbicaraan talak di mahkamah.

Terkini, nama Inara hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas dia membuka purdah dalam sebuah majlis sidang media berlangsung malam tadi.

Setelah lima tahun bersama imej tersebut, Inara menjelaskan tujuannya membuka purdah adalah untuk melangsungkan kehidupannya serta memudahkan usahanya dalam mencari rezeki demi membesarkan anaknya-anaknya.

“Dengan mengucapkan bismillah, saya memakai (tudung) kerana Allah, saya juga membukanya kerana Allah.

“Sekarang saya mahu berdikari, bekerja semula demi anak-anak. Ada unsur darurat di sini. Jadi saya terpaksa menanggalkan tudungnya,” ujarnya.

Di kesempatan itu, Inara turut memohon kepada semua pihak agar tidak salah faham atas tindakannya itu.

“Semoga semua orang tidak berprasangka buruk terhadap saya kerana saya berjuang untuk anak-anak saya,” tambahnya.

Sumber: detik hot

Aqilah Paharuzi