[VIDEO] Jalan Terkedek-Kedek, Gelagat Bilal Kacau PU Riz Tengah Bagi Ceramah Online Curi Perhatian Netizen!

Anak kepada pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal mencuri perhatian netizen apabila mengganggu bapanya sedang memberi tazkirah jumaat secara atas talian.

Menerusi perkongsian di TikTok @harisneelofa, Bilal memasuki bilik dimana Haris atau dikenali sebagai PU Riz sedang memberi ceramah.

Di dalam video tersebut, Bilal dilihat berlegar-legar di kawasan bilik itu untuk berada bersama dengan bapanya.

“Dulu Ummi dia yang selalu kacau Pak Ustaz, sekarang abang Bilal pulak amik turn kacau Abah,” tulisnya di kapsyen.

Meskipun tangannya ditarik daripada memasuki bilik itu, Bilal tetap mahu masuk sehingga menganggu fokus PU Riz memberi ceramah.

@harisneelofa Dulu ummi dia yang selalu kacau pak ustaz, sekarang abang Bilal pulak amik turn kacau abah 🤣😍 #neelofaharis #muhammadbilal #nunha ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Bilal yang comel seperti mahukan perhatian bapanya.

Malah, ada yang mengatakan tindakan Bilal seakan Neelofa yang suka menyakat suaminya.

“Macam Ummi dia lah suka kacau Abah hahaha.

“Hahaha comel kedek-kedek kacau Abah dia.

“Tak senang duduk abahnya,” komen netizen.

Maya Basir