[VIDEO] “Jangan Bawa Watak Khuzairi In Real Life!”- Netizen Terhibur Tya Adnan Usik Shukri Yahaya Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Pasangan sejoli, pelakon Shukri Yahaya dan isteri tercintanya, usahawan Tya Adnan sering mencuri perhatian netizen menerusi konten-konten manis keluarga mereka di media sosial.

Terkini, video berdurasi 18 saat tular di TikTok memaparkan gelagat Tya mengusik suaminya itu dengan bergurau mempunyai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

“Cepat, pose sikit pose, lepas tu ada orang ketiga” ujar Tya.

“Eh apa pula ada orang ketiga? ” soal Shukri dengan muka berkerut.

“Oh tak boleh eh, ok ok dua je,” kata Tya dalam nada bergurau.

Menerusi video tersebut, orang ketiga yang dimaksudkan Tya adalah sebuah patung kepala yang secara kebetulan diletakkan dihadapan mereka.

Patung tersebut sering digunakan Tya untuk mempromosikan tudung jenama keluarannya tersendiri iaitu Si Gadis Tya.

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang meminta aktor 7 Hari Mencintaiku itu untuk tidak mengikut watak Khuzairi yang dibawa olehnya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang terhibur melihat gelagat pasangan sejoli ini tampak sangat bahagia bersama melalui kehidupan berumah tangga tanpa ada sebarang kontroversi.

Aqilah Paharuzi