[VIDEO] “Kalau Tak Tahan Kencing Macam Mana?” – Jalan Ditutup, Hattan Bengang Tersekat 2 Jam Dalam Kereta

Penyanyi Datuk Hattan meluahkan rasa geram apabila jalan ditutup bersempena dengan penganjuran Le Tour De Langkawi edisi ke-26 di Kuala Lumpur.

Menurut pihak penganjur acara tersebut, Jalan Ampang akan ditutup dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang manakala Jalan P Ramlee pula ditutup bermula jam 3 petang hingga 5 petang.

Menerusi perkongsian Hattan di Instagram, dia tersekat dalam kesesakan jalan raya selama dua jam dimana destinasi yang dituju tidaklah terlalu jauh.

“Assalamualaikum apa khabar? Saya dari bulatan Kampung Pandan nak ke bangunan Tabung Haji, tapi dekat dua jam kat sini. Pasal apa? Jalan tutup kerana lumba basikal.

“Kot ya pun nak berlumba kenapa tengah bandar Kuala Lumpur? Kenapa tak cari jalan lain? Kalau ada rasa nak terkencing terhenti tepi takut orang ambil gambar pula. Tapi dah tak tahan macam mana?

“Siapa punya idea suruh berlumba tengah bandar ni. Pandai betul orang ni kan?,” ujarnya.

Untuk rekod, Le Tour De Langkawi 2022 ini merangkumi laluan sejauh 1,096.9 kilometer yang bermula dengan Peringkat 1 (Kuala Pilah-Kuala Lumpur), diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub), Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands), Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya), Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim), Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar), Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).

Maya Basir