[VIDEO] “Kantoi, Ni Kot Yang Jebat Sebut GF Baba…” – Tular Foto Bersama Pramugari, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Nama pelakon Sharnaaz Ahmad meraih tumpuan netizen selepas tular sebuah foto dirinya bersama seorang pramugari.

Foto tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun TikTok @diyya.eqa yang berkhidmat sebagai seorang pramugari dan ia mengundang seribu satu persoalan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir daripada netizen yang mengaitkan foto tersebut dengan video putera sulungnya, Jebat Jayden yang ‘terlepas’ cakap Baba (panggilan Sharnaaz) mempunyai kekasih.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Sementara itu, meninjau di ruangan Instagram, difahamkan mereka berdua saling mengikuti di media sosial berkenaan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 590,000 tontonan, 31,000 tanda suka dan 400 komen.

Menyedari namanya kini menjadi perhatian netizen, Eqa menerusi sebuah hantaran terbaru di TikTok miliknya memohon rata-rata netizen untuk bertenang.

Meleraikan spekulasi yang bertiup kencang, Sharnaaz mendedahkan wanita itu hanya sekadar peminatnya sahaja.

“Saya hanya kenal wanita itu ketika atas penerbangan saja. Bergambar sekadar peminat. Lagipun semua pramugari baik-baik. Jadi, saya layankan saja.

“Saya tak kisah pun dan tak ada apa pun yang salah kalau nak letak gambar dengan artis untuk dapatkan view atau content.

“Janji semua yang baik-baik dan happy saja. Tak ada aibkan siapa-siapa atau buat salah pada sesiapa. Enjoy dah,” kata Sharnaaz ketika dihubungi Gempak.

Aqilah Paharuzi