“Orang Luar Boleh Kata Apa Sahaja” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Sengaja Sebar Aib Suami, Beri Respons Bila Dibandingkan Dengan Isu Rumah Tangga Mizz Nina

Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak melatah apabila ada segelintir pihak yang cuba membandingkan isu rumah tangganya dengan selebriti lain seperti Mizz Nina.

Tidak bengang dengan dakwaan yang dilemparkan, Puteri Sarah berpendapat, orang luar boleh katakan apa sahaja mengenai isu rumah tangganya kerana hak bersuara itu adalah hak masing-masing.

Namun, setiap pendapat yang dikeluarkan oleh netizen haruslah tidak berlebihan sehingga menganggu dirinya dan perjalanan kes memandangkan aktres berkenaan hanya akan mengambil tindakan terhadap apa yang terjadi melibatkan rumah tangganya sahaja.

“Orang luar boleh katakan apa sahaja. Saya tidak akan halang. Saya tak nak marah. Saya tak ada nak halang ke apa.

“Lagipun, semua orang ada pendapat masing-masing. Cuma jangan lebih-lebih. Saya cuma take action dengan apa yang terjadi pada saya sekarang. Itu sahaja,” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.

Sementara itu, Puteri Sarah juga menegaskan, cara ‘move on’ setiap manusia itu berbeza dan baginya, tindakan mahkamah adalah yang paling baik bagi menangani kes rumah tangganya ini.

“Ya, setiap orang itu lain, saya rasa saya nak move on tapi cara move on saya lain. Dan cara move on orang lain juga lain. Tapi kalau saya, saya nak take action.

“Tindakan ni bukan sahaja nak bagitahu kat orang, tapi didik juga netizen di luar sana yang mana yang teraniaya macam saya dan mereka pun boleh buat macam saya. Tapi kalau nak diam saja… itu terpulang. Macam saya, saya bertindak…” jelasnya.

Tidak bengang dengan dakwaan yang dilemparkan, Puteri Sarah berpendapat, orang luar boleh katakan apa sahaja mengenai isu rumah tangganya kerana hak bersuara itu adalah hak masing-masing.

Namun, setiap pendapat yang dikeluarkan oleh netizen haruslah tidak berlebihan sehingga menganggu dirinya dan perjalanan kes memandangkan, aktres berkenaan hanya akan mengambil tindakan terhadap apa yang terjadi melibatkan rumah tangganya sahaja.

“Orang luar boleh katakan apa sahaja. Saya tidak akan halang. Saya tak nak marah. Saya tak ada nak halang ke apa.

“Lagipun, semua orang ada pendapat masing-masing. Cuma jangan lebih-lebih. Saya cuma take action dengan apa yang terjadi pada saya sekarang. Itu sahaja,” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.

Sementara itu, Puteri Sarah juga menegaskan, cara ‘move on’ setiap manusia itu berbeza dan baginya, tindakan mahkamah adalah yang paling baik bagi menangani kes rumah tangganya ini.

“Ya, setiap orang itu lain, saya rasa saya nak move on tapi cara move on saya lain. Dan cara move on orang lain juga lain. Tapi kalau saya, saya nak take action.

“Tindakan ni bukan sahaja nak bagitahu kat orang, tapi didik juga netizen di luar sana yang mana yang teraniaya macam saya dan mereka pun boleh buat macam saya. Tapi kalau nak diam saja… itu terpulang. Macam saya, saya bertindak…” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Takut Dengan Orang Ketiga!”- Puteri Sarah Liyana Beri Amaran, Wanita ‘Kaki Sondol’ Perlu Diberi Pengajaran

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Tunggu Proses Seterusnya” – Puteri Sarah Lega Ira Kazar Dipanggil JAWI

ARTIKEL BERKAITAN:“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Salma Syahbuddin