Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita itu adalah putera sulungnya, Muhammad Bilal.

Neelofa berkata demikian di ruangan komen video tular aplikasi TikTok untuk menjawab tanda tanya rata-rata netizen yang mendakwa bayi tersebut adalah Bilal.

“Hehehe sorry semua, ni bukan Bilal. Tapi comel Masya-Allah,” katanya.

Difahamkan, mereka menganggap foto bayi tular itu Bilal adalah kerana ada segelintir daripada netizen yang pernah melihat adik PU Riz memuat naik gambar sama di Instagram, namun tidak lama kemudian ia dipadamkan.

Penafian Neelofa, 33, itu lebih mengukuhkan adalah benar selepas seorang wanita yang menggunakan akaun nama @deeja69 berkata bayi tersebut adalah foto anak buahnya.

“Maaf itu bukan Bilal, itu gambar anak buah saya,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok milik wanita tersebut terdapat beberapa video dan foto bayi sebagai anak kepada adiknya seperti didakwanya.

Putera sulung Neelofa dilahirkan pada 29 Januari lalu kini telahpun berusia tujuh bulan namun namun pasangan sejoli ini mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum.

Aqilah Paharuzi