Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 15, 2022 @ 8:36pm

[VIDEO] “Kenapa Kita Tersenyum Ni” – Nyanyi Bersama, Najwa Latif & Akwa Arifin Buat Peminat Tak Keruan…Sweetnya!

Minggu lalu kecoh di media sosial, apabila penyanyi terkenal, Najwa Latif telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya yang juga penyanyi rap, Akwa Arifin.

Berita gembira itu pastinya membuatkan peminat pelantun lagu Kosong itu berasa teruja selepas setelah sekian lamanya merahsiakan hubungan percintaanya dengan Akwa.

Terbaharu, pasangan yang baru bergelar suami isteri itu sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil membuat satu perkongsian di laman Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Najwa dan Akwa kelihatan sangat comel dan manis apabila dilihat sedang menyanyi bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Sehingga kini, perkongsian comel itu telah meraih lebih 600,000 tontonan dan lebih 1,500 komen.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian itu, rata-rata peminat meluahkan rasa comel apabila melihat nyanyian yang cukup manis itu malah ada juga yang berseloroh mengatakan mereka tidak boleh bernafas dengan tenang melihat pasangan ini.

Terdahulu, Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November lalu di Batu Pahat, Johor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Tue, 14 Oct 2025

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja. Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

error: Content is protected !!