Featured By: Atiqah Johari September 15, 2022 @ 7:43pm

[VIDEO] Kongsi Momen Di Restoran Eksklusif, Namun Wajah Atikah Suhaime Jadi Tumpuan Netizen – “Kenapa Serabai Sangat?”

Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime berkongsi momen menjamu selera di sebuah restoran di Jakarta di platform TikTok.

Menerusi video tersebut, dilihat pelakon itu bersama kekasihnya dan beberapa orang rakan lain di restoran Lounge In The Sky Jakarta.

Namun begitu, ramai tertumpu dengan penampilan dan raut wajahnya yang terkini sehingga mempersoalkannya diruangan komen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet menegur keadaan bawah mata Atikah yang disifatkan seperti tidak cukup tidur dan gaya rambut yang dianggap pelik.

“Kenapa bawah mata tu.

“Muka dia macam hari-hari nangis.

“Berasa comel kali rambut lagu tu.

“Kenapalah buat rambut lagutu, alahai,” komen segelintir warganet.

Bukan itu sahaja, ada segelintir yang meninggalkan komen dengan menyatakan Atikah melakukan pembedahan bawah mata dan memasukkan ‘filler’.

Gara-gara penampilannya itu, ada juga yang mengatakan Atikah kelihatan lebih tua daripada umur sebenar dan tidak terurus.

 

@atikahsuhaimeeee @Lounge In The Sky Jakarta #fyp ♬ Running Up That Hill (A Deal With God) [2018 Remaster] – Kate Bush

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 7 Aug 2022

Malam Paling Indah! Konsert Anuar, Ziana Zain Ternyata Memukau, Jadi Kenangan Abadi Buat 2,800 Peminat

Anak-anak Pak Zain memang another level! Tahniah Kak Ziana & Abang Nuar♥♥♥

Featured Wed, 8 Feb 2023
Trending Mon, 6 Apr 2020
Trending Fri, 9 Mar 2018

Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, Nombor 3 Paling Sama!

Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Hijab & Heels ingin membawa penonton mengenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Elak Obesiti, Anak Nora Jalani Pembedahan ‘Ikat Perut’

Nora memaklumkan anak keduanya, Alif Johan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan.