[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam gambarnya, namun ternyata anak perempuannya itu sedang merakam video sambil mengajar bapanya ‘posing’.

Pada pengakhiran video tersebut, Ameena memberitahu bahawa dia telah merakam video, bukan gambar dan ia mengejutkan Fizi memandangkan sudah lama dia berdiri dan ‘posing’ menunggu anaknya itu selesai menangkap gambar.

“Video! Video!” seloroh Ameena.

“Ha? Video!” jawab Fizi yang terkejut itu.

@fizialimacam ni je budak ni gula2 kan kitaaa…😂😂😂😭♬ original sound – Fizi Ali

“Macam ini je budak ini gula-gulakan kita hahaha,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji kecomelan Ameena dan turut mengatakan dia pintar menyakat bapanya.

“Video alarhh comel Meena.

“Hahahaha Ameena ni kan comel lah video.

“Hahaha pandai Ameena gula-gulakan daddy dia.

“Hahaha Ameena pun pandai prank.

“Hahaha siap ajar kaki tu lagi.

“Hahaha dah bapak dia gula-gulakan dia. Bapak dia kena lah balik,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 201,000 tontonan,11,000 tanda suka dan 127 komen.

 

Dharnieya Nur Amelsa