Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan, Fasha Sandha & Suami Berangkat Ke Makkah Tunai Umrah

Pelakon cantik Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di Instagram bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Menerusi perkongsian Fasha, dia memohon ampun atas segala kesalahan dan kekurangannya supaya dipermudahkan urusan ibadah di sana.

“Assalamualaikum, salam jumaat yang barakah, penghulu segala hari.

“Dengan rasa rendah diri, saya Nur Fasha Sandha dan Mohd Aidil Abdul Aziz igin memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan.

“Mohon halalkan makan minum kami. Terima kasih keluarga tersayang yang sanggup minta cuti untuk menghantar kami ke sini,” tulis Fasha.

Hasil tinjauan ke ruangan komen, warganet mendoakan perjalanan Fasha dan suami dipermudahkan dan ada juga yang memuji kecantikan pelakon terbabit apabila mengenakan hijab.

“Umrah mabrur buat Fasha dan suami.

“Semoga diberi kesihatan yang baik dan diterima segala amal ibadah.

“Selamat pergi dan selamat pulang dengan umrah yang mabrur  adik-adik ku sayang, Doa sentiasa untuk mu berdua,” komen peminat.

Halimey Zamal