[VIDEO] Lucu! Penat Tunggu Suami Balik Beli Makanan, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Diana Danielle

Perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal, Diana Danielle di aplikasi TikTok sering menghiburkan hati ramai.

Terbaru, tular hantaran yang memaparkan dia sedang menunggu suaminya, Farid Kamil pulang membawa makanan sambil termenung melihat tingkap di dalam bilik dengan menggunakan lagu Seberapa Pantas nyanyian Sheila On 7.

“Suami keluar ‘sat’ beli lunch. Pi Loqstaq ke ayang hmmm,” tulisnya di dalam video.

Diana sempat berseloroh dan mengatakan bahawa ini merupakan keadaan yang bahaya memandangkan ia soal makanan.

Namun dia turut memberitahu bahawa ini hanyalah gurauan semata-mata dan tidak perlu mengambil serius.

“Dia tak tahu dia dalam keadaan bahaya main-main dengan perut anje. Ni lawak je jangan marah nanti rambut gugur botak tengah kang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsiannya ini telah mengundang pelbagai reaksi pengikutnya yang turut terhibur melihat gelagatnya.

@diana.danielleDia tak tahu dia dalam keadaan bahaya main main dgn perut anje Ni lawak ja jgn marah nanti rambut gugur botak tengah kang

♬ original sound – CELLA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan turut berkongsi nasib yang sama sepertinya memandangkan mereka juga penat menunggu sepertinya.

“Orang Kedah punya sat tu tak tahu lah nak kata lah.

“Jangan main-main dengan perut lapar tau.

“Dia punya sat tu sejam lebih.

“Hahahaha kan berani dia memain. Siap balik nanti.

“Perut lapar ni boleh buat gaduh hahaha.

“Elok nak makan nasi, terus rasa nak makan orang hahaha.

“Betul sangat. Tak tahu lah kot depa dok syok pi round tengok gerai lah kot. Kalau kita takat 1 gerai je. Beli hat mana ada,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 510,000 tontonan, 42,000 tanda suka dan lebih 688 komen.

Dharnieya Nur Amelsa