[VIDEO] “Nak Sangat Kacau Darling Kiter, Ambik Kau!” – Suami Mas Idayu ‘Disakat’ Kawan, Majlis Jamuan Makan Tema Bollywood Curi Perhatian!

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama suami tercinta, penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 19 September lalu.

Sebelum ini, Mas Idayu menjawab tuduhan segelintir pihak yang mendakwa rumah tangganya bergolak gara-gara berkongsi kapsyen yang mengundang 1001 pertikaian netizen.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Sedih, Peminat Tanya Mas Idayu Okay Tak? – “Berselindung Di Balik Senyum Dan Tawa”

Artikel Berkaitan: Mas Idayu Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Mummy Okey Saja & Bahagia”

Terkini, pelantun lagu Cintaku 100% ini berkongsi sebuah video jamuan makan-makan yang diadakan dirumahnya bertemakan Bollywood.

Apa yang menarik perhatian adalah suami tercinta Mas Idayu ‘diganggu’ oleh rakannya yang dipercayai sengaja membuat aksi manja.

Tidak berdiam diri, Mas Idayu lantas menarik lengan rakannya itu dan terus lari ke pangkuan suami serta memeluk erat.

“Nak sangat dia kacau darling kita! Hahahahaahah hambik @anitaa_empira hahaahahhaah! Don’t you ever k darling @sufianisapws,” tulisnya di ruang kapsyen.

Bagaimanapun, berdasarkan video itu Mas Idayu dilihat ‘sengaja’ mencipta drama itu yang menyuruh rakannya untuk mengusik suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang mempersoalkan tema jamuan makan yang diadakan oleh Mas Idayu dimana menurut mereka adalah tidak sesuai.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji kecomelan dan sikap manja yang dipamerkan Mas Idayu kepada suaminya.

Aqilah Paharuzi