Kecil-Kecil Dah Tampan! Baru Sambut Birthday 2 Tahun, Penampilan Anak Ruzaini Jamil Curi Perhatian

Pereka fesyen popular, Ruzaini Jamil menyambut ulang tahun anak sulungnya, Rahil yang berusia 2 tahun, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini itu di laman Instagram, dia mengucapkan rasa syukur apabila Rahil membesar dengan sihat dan turut mendoakan agar cahaya matanya menjadi anak yang soleh.

“Anakanda yang dikasihi, selamat hari lahir 2 tahun kepada anak Abah yang sangat abah sayangi. Abah sentiasa doakan supaya Rahil sentiasa sihat, akhlak yang mulia dan membesar menjadi anak yang soleh.

“Rahil dah jadi pelengkap hidup Abah dan Mak sejak 2 tahun yang lalu. Dulu setahun meniarap, merangkak dan belajar jalan ja, sekarang dah pandai ajuk dan mengusik abah dan mak. Alhamdulillah,” katanya.

Bukan itu sahaja, isteri Ruzaini, Nurul Hidayati Yahaya atau lebih dikenali sebagai Ida turut menitipkan ucapan hari lahir kepada putera sulungnya itu.

“To my very special anak soleh @rahilruzaini, Happy Birthday yang ke 2 tahun. Mak doakan semoga Rahil menjadi anak soleh, berjaya di duniawi dan ukhrawi dan sentiasa dalam rahmat Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ida turut memberitahu bahawa Rahil adalah bayi pramatang memandangkan dia telah dilahirkan awal pada usia kehamilan 33 minggu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketampanan yang dimiliki oleh putera sulung Ruzaini.

Malah warganet turut tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan Rahil.

Untuk rekod, Ruzaini dan Ida bernikah pada 5 Februari 2016.

Dharnieya Nur Amelsa